.: Sekilas Info :.

 
 
Salam perkenalan dari saya. Saya akan menulis dalam ruang Nutrisi Holistik.
Pastikan anda terus menjadikan anjungherba sebagai rujukan berwibawa anda.
 

.: Bancian :.

Adakah anda percaya pada keberkesanan herba dalam merawat penyakit yang anda alami?
 

.: Siapa di portal sekarang? :.

Kami ada 25 tetamu online
Cold Cereal atau Nasi Sejuk PDF Cetak E-mail
Wednesday, 20 May 2009

Kebanyakan orang tidak mengetahui bahawa kebanyakan daging lembu yang diimpot dari India sebenarnya ialah daging kerbau. Mofaz pula melancarkan produk air tenaga jenama Carabao (sebutan: karabau).

Lembu dan kerbau adalah spesis yang serupa. Cuma daging kerbau dari India tidak serupa dari segi rasa dengan kerbau kita yang sering berkubang. Mungkin jenis lumpur mungkin juga cara ia dipelihara. Amat sukar untuk seseorang percaya bahawa daging dari India yang biasa mereka makan sebagai daging kerbau.

Waktu alam kanak-kanak dahulu, ada beberapa kali saya makan daging kerbau di majlis-majlis kenduri kahwin. Biasanya ia dimasak kurmak. Dagingnya mempunyai ‘urat’ yang kasar berbanding dengan lembu. Pada pandangan saya, kurmak kerbau jauh lebik lazat dari kurmak lembu.

Makanan-makanan lain juga mengalami nasib yang serupa. Yang ini pula nama dan jenis serupa tetapi berbeza dari segi rasa. Contoh yang paling ketara ialah sateh dan kuah sateh. Memang kelazatan adalah sesuatu yang relatif. Lain individu lain citarasanya.

Seingat-ingat saya kuah sateh yang dijual oleh pengusaha-pengusaha terkemuka di Kajang pada tahun-tahun 80dan 90an memiliki rasa yang sangat berbeza. Dahulu kuah sateh jauh lebih lazat kerana ia cukup rencah. Cukup jintan-jintan, ketumbar, lengkuas dan lain-lain. Hari ini pengusaha yang serupa menjual kuah sateh timbang kilo dan mendapat pujian penggemar-penggemarnya.

Saya lahir dan dibesarkan di Muar. Kuah-kuah sateh yang dijual di restoren-restoren oleh peniaga-peniaga yang menjual sateh turun-menurun juga tidak mengekalkan rasa ori. Ketika waktu persekolahan, seorang senior rajin membawa pulang sateh dan kuahnya untuk dimakan bersama-sama olehrakan sebilik asrama. Rahman Dollah pasti ingat sateh dan kuah sateh yang dibawa oleh Hisham, senior kami. Yang ini cukup rencah walau mungkin tidak sempurna menurut sesetengah orang.

Kesibukan mencari wang, berlebihan wang menjadikan semakin ramai orang memanjakan diri dengan membeli makanan segera dan mudah disediakan. Kuah sateh timbang kilo yang rasanya hanya minyak masak, kacang dan cili dan rasa manis adalah antara contoh yang saya maksudkan.

Terdapat pelbagai makanan-makanan Melayu termasuk rencah yang mudah disediakan seperti asam pedas yang biasanya disediakan dan dimasak hingga kering sebelum dibungkus. Ia amat mudah disediakan dengan hanya menggunakan sukatan yang dicadangkan kemudian dimasak dengan mencampurkan bahan-bahan lain seperti air, garam dan asam jawa ikut keperluan dan selera.

Generasi kelebihan wang menghasilkan individu-individu yang mempunyai selera yang amat terbuka. Terbuka in a sense sentiasa boleh mencuba makanan-makanan yang serupa di restoren-restoren, café, atau warung yang berbeza. Di Kuala Lumpur misalnya untuk bersarapan mereka ke kampung baru menjamu selera dengan nasi lemak berlauk. Sesetengah gerai di situ menjual nasi lemak 24 jam.

Pengaruh kebaratan dari segi pemilihan makanan juga menguasai meja makan. Ini termasuklah cold cereal yang diambil dengan susu cair. Cold cereal ini terdiri dari pelbagai jenama. Cold cereal ini terdiri dari pelbagai jenis bijiran. Setiap jenama mendakwa emping mereka adalah yang terbaik dari segi nutrien dan kualiti.

Cold cereal telah berjaya menggantikan nasik sejuk. Saya dibesarkan dengan makan nasik sejuk dan kuah lebih malam sebelumnya. Kadang-kadang emak menyediakan lempeng dadar (lempeng lembut) dicicah kuah asam pedas lebih malam sebelumnya. Kadang-kadang emak menyediakan tepung bawang iaitu jemput-jemput (sejenis cucur) terdiri dari tepung, bawang, ikan bilis dan cili api. Jenis sarapan lain yang biasa saya makan ketika membesar ialah biskut kering direndam dengan air kopi.

Adakah ini yang dikatakan sekali air bah sekali pantai berubah? Bukan. Ia lebih kepada adopsi terhadap kemudahan-kemudahan dan produk-produk yang boleh dicapai dengan wang yang berlebihan. Adakah ia salah? Ia mungkin tidak salah dari perspektif individu ini tetapi mungkin salah dari perspektif individu lain.

Dari sudut nutrien, saya sendiri biasa makan biskut-biskut kering yang sudah tentu mempunyai paras acryl amides yang tinggi. Acryl amides terbentuk apabila karbohidrat disalai, dipanggang atau digoreng. Ia mencetus jumlah radikal bebas yang tinggi dalam tubuh dan dikatakan bersifat karsinogenik (menyebabkan pembentukan kanser).

Pengambilan cold cereal mendedahkan seisi keluarga dengan jumlah radikal bebas yang tinggi. Makanan-makanan terproses menyumbang keburukan kepada tubuh dengan mengurangkan pelbagai jenis nutrien dalam tubuh termasuk garam-garam galian dan pelbagai jenis vitamin.

Tabita kurang makan sayur dan buah serta memanjakan diri dengan makan secara berlebihan atau mengambil karbohidrat terproses termasuk makanan bergula pada kadaryang tinggi juag menyumbang kepada ketidakseimbangan nutrien dalam tubuh. Ia juga meningkatkan peluang untuk mengalami penuaan awal dan pelbagai penyakit degeneratif.

Terpulang kepada kita samada untuk ikut rasa, ikut hati atau ikut selera. Walau bagaimana pun pertimbangan untuk melakukan sesuatu boleh kita dapati dengan mendidik diri dengan pengetahuan-pengetahuan baru dari semasa ke semasa. Sungguh pun pertimbangan dengan hasil benar atau salah sebenarnya adalah sesuatu ukuran relatif, akibat baik atau buruk amat mudah kita lakukan dengan menilai ilmu-ilmu yang disebarkan oleh orang lain yang mengetahui apa yang kita tidak ketahui.

Dari sudut ugama Islam firman-firman Allah seperti antara lain (mafhumnya) ‘Adakah serupa orang yang berilmu (mempunyai pengetahuan) dengan orang yang tidak berilmu (tidak mempunyai pengetahuan)' [Az-Zumar: 9] menjadi asas kepada perbezaan memiliki ilmu dengan yang tidak memiliki dari sudut hasil yang didapati dengan memiliki ilmu dan dengan yang tidak memiliki ilmu. Jika disejajarkan dengan ayat-ayat lain, ia juga menunjukkan bahawa sentiasa mendalami ilmu (serta dipraktikkan) itu adalah suatu perkara yang penting.
 
Artikel ini mula-mula tersiar dalam SEMBANG-SEMBANG HERBA

Herbalis Bahrain, RH (AHG)
SEMBANG-SEMBANG HERBA

www.sembangherba.blogspot.com
 
< Prev   Seterusnya >

.: Gambar Pilihan :.

IMG_2975.JPG

.: Syndicate :.

Copyright 2012 www.anjungherba.com.